SITUASI 25
Negara perak ke negeri perak??
Universiti Perguruan Sultan Idris atau Universiti Pendidikan sultan Idris???
yang mana betul???
Kesalahan sebutan ini ku dengari sewaktu majlis pagi tadi yang telah diucapkan oleh pengacara yang agak berpengalaman....
BICARAKU...
Dalam hal ini, aku melihat, bahawa mereka yang agak profesional dalam bidang pengacaraan ini turut tersilap ketika mengacarakan sesebuah majlis, inikan pula orang lain yang baru bertatih untuk menceburinya. Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada insan yang sempurna yang tidak akan lari daripada kesilapan. Kita seringkali mendengar orang lama mengatakan " aku lebih dulu makan garam", yang bermaksud mereka sudah mahir ataupun sudah tahu akan sesuatu situasi. Namun pada pandangan saya bukan bererti orang yang mahir dalam bidang itu tidak akan melakukan kesalahan, kerana mereka juga akan terdedah dengan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari..





