Situasi 11
"ei, air muka anjing tu bahawa ow"
Aku ingatkan hanya manusia yang mempunyai air muka, namun tidak ku sangka binatang juga mempunyai air muka. Perkataan ini aku dengari ketika melintas jalan bersama teman karibku ketika hendak ke pasar apabila melihat anjing liar dihadapan kami.
BICARAKU...
Umumnya, peribahasa Air muka lebih sinonim untuk merujuk kepada manusia, yang mana air muka bermaksud perasaan, ataupun maruah seseorang individu itu. sebagai contoh, "air mukanya berubah serta merta setelah mendengar berita itu". Namun yang demikian, dalam hal ini, rakanku mengunakan istilah air muka kepada binatang untuk menunjukkan bahawa anjing tersebut seperti berbahaya dan patut dijauhi. pada pendapatku, dalam hal ini tidak salah mengunakan istilah air muka kepada binatang, namun boleh juga mengunakan istilah lain yang lebih simple, misalnya "garangnya anjing tu" ataupun "liarnya anjing tu", menunjukkan terus bahawa keadaan anjing yang mungkin merbahaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^