Thursday, 22 November 2012

Situasi 5


Situasi 5

Terkontang-kanting @ tunggang-Langgang


Lazimnya perkataan terkontang kanting digunakan untuk manusia, namun ayat pun boleh terkontang kanting. Ayat ni ku temui ketika berada di makmal sains, menemani suami berbincang mengenai tugasan kumpulan.

“Riz, nanti kau tolong betulkan ayat ni terkontang kanting sikitlah”


PENDAPATKU..
Pada pendapat saya ada unsur humor dalam ayat yang diucapkan tersebut. Kesalahan penggunaan kata amat ketara sekali. Kontang-kanting menurut kamus dewan edisi keempat di definisikan sebagai  terbuai-buai ataupun terayun-ayun. Misalnya dalam ayat

“Dia dibiarkan terkontang-kanting seorang diri tanpa haluan”

Era ini, kita dapat  melihat kesalahan pengunaan istilah, peribahasa, kata ganda, mahupun imbuhan yang salah semakin berleluasa. Apatah lagi dalam pertuturan, bahasa rojak ataupun bahasa pasar semakin kerap digunakan dalam kehidupan harian kita. Hal ini menjejaskan martabat bahasa melayu, kerana orang melayu sendiri tidak mengunakan bahasa yang betul seterusnya merosakkan keindahan bahasa tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^