Situasi 15
Terjumpa satu hasil tulisan yang dikongsikan oleh rakan dalam laman sesawang muka buku...
BICARAKU ...
Hasil tulisan ini menunjukkan penggunaan kosa kata yang sangat lemah. malah, pembentukkan ayatnya juga tunggang terbalik, menyalahi hukum D-M iaitu hukum di terang dan menerangkan. Malah, gaya penulisan ini agak lewah kerana menyebut isi yang lebih kurang sama. Tapi apa pun tulisan ini, mampu membuat orang tersenyum ketika membacanya. Namun, daripada sudut pandangan yang lain, hal ini menunjukkan satu penyakit masyarakat yang kian menular dalam kalangan remaja masa kini iaitu penyakit "Bangau oh bangau". Kenapa di katakan penyakit "bangau oh bangau" ialah, kerana sikap yang suka menyalahkan orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, lagu rakyat masyarakat melayu ini sememangnya terkenal dan lazimnya di ajar kepada kanak-kanak. Senario, ini sememangnya membawa impak yang tidak baik kepada remaja, kerana sikap menyalahkan orang lain itu adalah sikap yang tidak baik. Natijahnya, setiap kesalahan diri, ditunding jari kepada orang yang tidak berkenaan seterusnya langsung tidak berfikir untuk memperbaiki diri masing-masing kerana tidak tahu akan kelemahan diri apabila kesalahan hanya ditunjukkan kepada orang lain. Implikasinya kepada negara kelak, remaja yang dilahirkan, tidak berketerampilan, malas berusaha dan tidak berbudi pekerti yang mulia.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^