Situasi 1
Jujur itu amanah
Seperti kebiasaannya, setiap hari sabtu di pekan tanjung malim terdapat pasar malam. Aku begitu teruja untuk menjejak kasih makanan kegemaranku setelah sekian lama bercuti. Setelah mendapat apa yang dicari, kami pun segera bereda..
tiba- tiba ada seorang budak lelaki mengejar kami..
“bang, duit baki tertinggal” sambil menghulurkan RM6 ringgit kepada suamiku.
Kami terpingga-pingga, dan baru aku teringat bahawa aku terlupa menunggu duit baki dipulangkan sebelum beredar.
Bicaraku
Jika kita lihat, masyarakat sekarang ini ada yang berbagai tingkah laku dan sikap, ada yang amanah, jujur dan tidak kurang juga yang menipu, berakhlak buruk dan sebagainya. Berdasarkan kisah si penjual itu tadi, tak semua penjual yang begitu jujur , hingga sanggup mengejar pelanggannya semata-mata untuk memulangkan wang baki. Mungkin ada setengahnya sekadar membiarkan dan menganggapnya itu sebagai rezeki lebih. Namun, bagi mereka yang mengamalkan nilai hidup murni yang mulia, berpegang kepada prinsip mencari rezeki yang halal, mereka akan berusaha untuk menjadikan sesuatu itu mengikut keredhaan Allah s.w.t. misalnya, kita dapat mengambil iktibar dalam kisah pada zaman Saidina Umar
Kisahnya begini. Pada satu malam Saidina Umar bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin yang cakna. Pada ketika itu Umar telah mengistiharkan larangan mencampurkan air ke dalam susu kerana ia merupakan satu jenis penipuan.
Akhirnya Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog:
Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya,
"Campurlah susu ini dengan air!", katanya.
Serta merta si anak membantah seraya bertanya:
"Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab?
"Umar tidak akan tahu", jawab ibunya spontan.
Dengan penuh keyakinan gadis itu pun menjawab,
"Walaupun Umar tidak mengetahuinya, apakah beerti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”.
Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata anaknya.
Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu seraya memberikan arahan kepada pembantunya,
"Tandalah rumah ini!".
Keesokan harinya ia segera memanggil Ashim, salah satu anak lelakinya seraya bertanya:
"Mahukah kamu aku nikahkan dengan seseorang, yang sangat baik agamanya?".
"Ya".
Tanpa pikir panjang lagi Ashim pun menjawab dengan penuh keyakinan
[ Sirah wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz, karya Ibnu al-Jauzi]
Begitulah kisah seorang anak yang solehah telah memikat hati Amirul Mukminin untuk dijadikan menantu. Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Laila. Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan. Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, wara’ dan adil.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^