Situasi 13
Peristiwa direstoran, sewaktu makan tengahari bersama temanku..
terkedu apabila melihat pekerja, yang mungkin anak kepada pemilik kedai itu, menegah pekerjanya yang nampak lebih berusia dan tua yang baru hendak duduk untuk makan.
Ui, jangan kau makan dulu, pergi kemas meja sana dulu.
BICARAKU...
Mutakhir ini, kita dapat melihat nilai murni dalam kalangan masyarakat kian terhakis. Saling hormat menghormati antara satu sama lain semakin hilang di telan arus kemodenan. misalnya, kini kita dapat melihat golongan muda tidak lagi menghormati golongan tua, malah, golongan muda juga dibiarkan begitu sahaja. seperti kata pepatah. " yang tua dihormati, yang muda dikasihi " semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita kini. Senario ini sememangnya menyedihkan kerana, negara kita sememangnya terkenal dengan masyarakat timur yang kaya dengan adab dan tatasusila serta kesopanan. Namun, apa yang berlaku masa kini, jika kita lihat orang tua semakin diabaikan. Hal ini, mengingatkan aku akan cerita ibu mentuaku mengenai seorang rakannya di surau Mawaddah yang berdekatan dengan kediaman kami di Shah Alam,. menurut ibu mentuaku, rakannya itu sangat sedih apabila melihat aku dan ibu mentuaku, yang saling bersama, bahkan kadangkala ketika mendengar kuliah maghrib, aku mengurut kaki ataupun belakang ibu mentuaku. tindakan ku itu, secara tidak langsung menyebabkan rakan ibu mentuaku terkesan dan bersedih kerana beliau tidak pernah berpeluang seperti itu dengan anak menantunya. Bahkan, beliau juga selalu berpuasa kerana tidak mahu menyusahkan menantunya untuk menyediakan makanan. Lazimnya, aku melihat rakan ibu ku itu membawa bekalan makanan kering ataupun biskut ketika dia berbuka di surau selepas solat maghrib. Cerita ini menunjukkan bahawa, mutakhir ini kebanyakkan orang tua semakin dilupakan dan di abaikan. buktinya, kita dapat melihat rumah kebajikan orang-orang tua semakin banyak ditubuhkan, malah penghuninya juga kian meningkat dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^