SITUASI 16
Ketika membaca buku Ratap Rabitah karya Aminah Mokhtar aku terkesan dengan ayat yang telah ditulis oleh beliau dalam ceritanya itu.
BICARAKU…
Ketika membaca kalimah ini, aku terkenang akan situasi masyarakat masa kini, bukan ular sahaja yang makan ular, dan makan dengan rakus dan puas, namun kini manusia turut makan manusia dalam erti kata lain, manusia sendiri yang berlumba-lumba untuk menjatuhkan manusia lain. Seperti yang kita lihat, senario masa kini kita dapat melihat masyarakat kini saling bertelagah, bermusuhan antara satu sama lain, saling berbunuhan untuk meraih kepuasan, melunaskan dendam dan mencari kemegahan untuk sebuah kekuasaan.Dalam erti kata yang lain, manusia sanggup menghalalkan cara untuk mengejar harta, pangkat dan kuasa.
hal ini sama seperti seperti peribahasa "kawam makan kawan", ataupun "harapkan pagar,ap, semu pagar makan padi" iaitu sesuatu yang tidak boleh di harap kerana langsung tdiak membantu, malah sekadar menyusahkan dan memakan diri sendiri sahaja.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^