Friday, 23 November 2012

Situasi 14


Situasi 14

Sewaktu kelas modal insan, pensyarah menceritakan satu situasi bahawa
ibu bapa sekarang, semakin anak berpendidikan semakin mereka takut dengan anak mereka.

 Pendapatku...

Fenomena ibu bapa kini, yang takut akan anak pabila si anak semakin berpendidikan bukan perkara baru. Hal ini kerana, kita dapat melihat sikap segelintir anak kepada ibu bapa kini yang melampaui batas, yang mana anak-anak ini, angkuh dengan ilmu yang dimilikinya, kelulusan yang diperolehinya sehingga lupa akan jasa kedua ibu bapa yang penat lelah membanting tulang empat kerat untuk menyara kehidupan si anak suatu masa dahulu. h al ini dapat dilihat apabila, terdapat segelintir anak yang berpendidikan tinggi, tidak mahu memandang langsung pendapat ibu bapa. pelbagai alasan yang diberikan, pelbagai jawapan yang dinyatakan. Namun yang demikian, ibu bapa juga perlulah memainkan peranan, kerana semakin tinggi pendidikan seseorang anak semakin berbeza pendekatan yang patut di ambil ketika bersama dengan anak. Namun, malangnya terdapat segelintir ibu bapa yang masih berfikiran primitif, masih mengunakan cara yang sama iaitu ketika anak-anak masih kecil. Hal ini menjadikan mereka kelihatan seperti tidak tahu ataupun tidak faham akan diri anak yang kian meningkat dewasa. Persoalannya, kenapa ibu bapa sekarang kebanyakkanya semakin takut akan si anak apabila si anak semakin berpendidikan. Hal ini mungkin kerana, ibu bapa tersebut merasa diri tidak sehebat si anak yang berpendidikan tinggi, berbanding dirinya yang ada segelintirnya buta huruf dan sebagainya. Hal itu, secara tidak langsung menyebabkan ibu bapa tersebut merasa rendah diri untuk memberikan pendapat kepada si anak kerana memikirkan anak yang berpendidikan tinggi itu tadi sudah tahu akan segalanya-galanya. Namun, pada pendapat saya belajar daripada pengalaman hidup seseorang itu juga sebuah iput yang amat berguna kerana, seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa sememangnya orang yang berpengalaman luas tentang kehidupan. Oleh itu, ibu bapa juga sepatutnya tetap menjadi guru sepanjang hayat buat kita, kerana kita masih boleh belajar pelbagai benda dan perkara daripada mereka meskipun bukan terdiri daripada akademik, namun memadai tentang sebuah kehidupan. kini, di rumah kebajikan kita dapat melihat, terdapat ibu bapa yang rela hati untuk tinggal di rumah kebajikan, berbanding tinggal dengan si anak, kerana tidak ingin menyusahkan si anak bahkan, takut untuk meminta-meminta pada si anak yang akan penat menjaga mereka. senario ini, menunjukkan, nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat kita kian luntur. 

dunia semakin tua, Qiamat semakin tiba..in shaa Allah
 
# kisah seorang pemuda yang bertanya tentang hari Qiamat

 Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. 
Baginda bersabda: (Antara tanda- tandanya ialah) 
apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan 
(iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim






No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^