SITUASI 17
MEMANG, PERLU, KENA…
PENDAPATKU…
Pada pendapat saya, memang perlu kena itu, merupakan sebuah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan maksud sesuatu yang perlu bersungguh-sungguh. Dalam hal ini kita dapat melihat unsur penegasan dalam penyampaian sesuatu hujah, ataupun pendapat yang ingin diutarakan. Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, maksud memang merujuk kepada sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu, manakala perlu pula merujuk kepada keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian, kena pula merujuk kepada berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dan lain-lain), cocok atau sesuai (dengan yang dikehendaki, yang sepatutnya), sesuai atau tepat sekali(dengan sesuatu, seseorang).. oleh yang demikian jelas sekali, penyelia di pusat itu ingin menegaskan sesuatu, sehingga menggunakan tiga perkataan yang sinonim untuk menegaskan ayat yang telah diucapkan. selain itu, apa yang diperolehi sepanjang menjalani kajian lapangan disana, saya dapat melihat keikhlasan hati seorang penyelia yang merupakan sukarelawan, untuk membantu anak-anak yatim disana. jika kita lihat hari ini, semua individu lazimnya bekerja untuk mendapat imbuhan ataupun balasan yang setimpal dengan apa yang di usahakan. gaji yang lumayan, harta, insentif dan pelbagai kemudahan yang lain.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^