Situasi 9
Ada HIKMAH disetiap kejadian
Pagi ahad yang lalu, mentua ku datang ke rumah sewa kami yang baru diduduki dua minggu, melihat keadaan rumah yang terletak dihadapan jalan raya utama, merisaukan mereka kerana aku terpaksa melalui jalan raya yang agak sibuk itu. namun yang demikian kedudukan rumah itu sememangnya memudahkan aku untuk untuk berulang alik ke kampus kerana tidak sampai lima minit aku sudah sampai ke pintu timur kampus lama. Sungguhpun demikian, kedudukannya yang berada dihadapan jalan raya utama, menimbulkan gangguan bunyi kenderaan yang tidak putus-putus mengusik halwa telinga ku saban waktu. Malah, suasana yang suram, juga menyebabkan aku merasakan kurang selesa kerana rumah itu perlu sentiasa ditutup sepanjng hari disebabkan habuk di jalanan disamping untuk keselamatan diri. Aku agak rimas, malah aku kurang selesa berada dirumah itu, apa lagi hendak ke bliki air yang jauh kebelakang. Rumah itu terlalu besar untuk kami berdua. Suatu petang, suamiku berpesan agar aku sentiasa berhati-hati semasa dibilik air, mungkin kerana keadaan diriku yang sedang berbadan dua. Namun keesokan harinya ketika mentuaku datang melawat kami, aku seperti biasanya akan meminta suamiku menemaniku ke bilik air walaupun ketika di siang hari. Apabila aku masuk ke tandas aku melihat ada kepala yang menjalar keluar, aku menjerit ketakutan. Rupa-rupanya ada ular di dalam lubang tandas itu. Hal itu diketahui mentuaku lalu ibu mentua ku pun menelefon bomba. Pengalaman itu merupakan pengalaman pertama bagiku, apatah lagi sehingga melibatkan pihak Bomba aku merasa geli hati, namun kata-kata mentua ku ada juga benarnya. Ular itu tidak dapat dikeluarkan mungkin sudah lari mengikut salur tandas ataupun dimana-mana kawasan rumah. Selepas pihak bomba menyembur api ke dalam lubang tandas itu, dan menyakinkan bahawa ular itu sudah lari. Namun, keprihatinan seorang ibu meminta kami untuk mencari rumah lain pada hari itu juga. Melihat sikap suamiku yang bersahaja dan enggan untuk berpindah menyebabkan mentuaku teremosi hingga menangis, kerana terlalu bimbangkan keselamatan kami disini. Akhirnya kami pun mencari rumah lain dan mendapat bilik sewa di rumah teres dua tingkat di kota malim prima. Bahagian bawah Rumah teres itu merupakan sebuah taska pada siang hari yang beroperasi jumaaat hingga sabtu, dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Manakala sebelah atas pula bilik kosong dan ada pejabat taska tersebut. Dengan kadar sewa yang jauh lebih murah kami akhirnya berpindah ken rumah tersebut. Alhamdulillah Allah mudahkan segala-galanya sekurang-kurangnya apabila aku bersalin pada bulan febuari nanti insyaallah ada orang yang boleh menjaga bayiku. Tidak perlu lagi untuk aku bersusah payah mencari taman asuhan lagi. Aku selesa tinggal disitu, rumah yang terletak dihadapan surau, manakala pada waktu siang agak meriah dengan anak-anak kecil. Kanak-kanak ditaska yang baru dibuka itu tidak ramai, sekadar lima belas orang yang berumur dari 4 bulan hingga ke 3 tahun. Tiap kejadiaan pasti ada hikmah yang tersembunyi, Allah ingin membuka ruang dan hikmah bagi mereka yang berfikir dan bersyukur akan kurniaanya.
BICARAKU...
Berdasarkan situasi ini aku dapat melihat bahawa perempuan lebih mudah emosi berbanding lelaki. Hal ini dapat dilihat apabila perempuan lebih cepat tersentuh, ataupun bimbang berbanding dengan lelaki yang lebih bersahaja dan mengambil mudah. Hal ini dapat dilihat apabila perempuan begitu mudah mengalirkan air matanya untuk memberitahu perasaanya berbanding lelaki yang lazimnya nampak bersahaja dan susah untuk memperlihatkan perasaanya. Bahkan, perempuan juga lazimnya sangat cepat bimbang dan cepat memikirkan pelbagai andaian buruk berbanding orang lelaki yang lazimnya lebih cepat melupakan tanpa memikirkan pelbagai andaian lain. Umumnya perbezaan antara perempuan dan lelaki itu amat ketara sekali daripada segi fizikal, biologi mahupun pemikiran. Menurut John Gray dalam bukunya, men form mars, women from venus menyatakan bahawa perempuan dan lelaki itu berasal daripada dunia yang berbeza namun serasi apabila bersama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^