Friday, 23 November 2012

Situasi 12


Situasi 12

Teknologi moden dapat menyelamatkan bahasa, disamping memusnahkan bahasa
 ~ david k. Harisson



PENDAPATKU...

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa teknologi moden dapat menyelamatkan bahasa, di samping memusnahkan bahasa. Hal ini dapat dilihat teknologi seandainya dimanipulasikan dengan sebaiknya boleh menjadi wahana untuk memartabatkan bahasa. Sebagai contoh, pembangunan laman sesawang yang mengenai ilmu bahasa, pengenalan istilah baru, sistem tatabahasa dan sebagainya. Sungguhpun demikian, dengan kemajuan teknologi ini juga turut menyumbang kepada kemusnahan bahasa. Hal ini dapat kita lihat, apabila penggunaan bahasa rojak, bahasa pasar, dialek mahupun loghat yang dicampurkan penggunaanya dalam bahasa melayu, malah percampuran kod bahasa asing juga kian ketara. Misalnya, dalam laman sosial, kita dapat melihat istilah bahasa rojak seperti ASAP yang bermakna AS SOON AS POSIBBLE, ataupun OMG yang  bermaksud OH MY GOD, dan banyak lagi. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^