situasi 7
Sebuah cerita yang agak menarik, namun membawa mesej yang terdapat Pro & Kontra mengenai erti sebuah perkahwinan. Hal ini dapat dilihat apabila berlaku pertembungan budaya yang mana dari perspektif persiapan perkahwinan yang dijalankan, cerita ini memaparkan gaya ataupun tradisi perkahwinan orang melayu. Manakala dari segi gaya hidup pula cerita ini lebih memaparkan gaya hidup yang agak kebaratan. Hal ini dapat dilihat daripada segi pakaian, hiburan yang dilakukan seperti pergi ke kelab malam, shuffle dan gaya hidup yang bebas. Pada pendapat saya, cerita membawa impak positif dan negatif, daripada sudut positif, kita dapat melihat bahawa mesej yang ingin diutarakan ialah pentingnya niat dalam sebuah perkahwinan. Malah, erti sebuah perkahwinan juga bukan untuk permainan, namun untuk ditempuhi dengan penuh keikhlasan. Manakala bagi perspektif negatif pula pemaparan gaya hidup yang kebaratan mengambarkan kerosakan akhlak masyarakat yang tidak selari dengan norma masyarakat ketimuran yang terkenal dengan sifat pemalu dan penuh sopan.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^