Situasi 10
ilmu itu dimana-mana
Pagi jumaat, kebetulan aku tidak ada kelas langsung kerana pensyarah yang bercuti secara tak langsung pelajar pun bercuti sama. Aku diziarahi oleh sahabatku, yang berjanji untuk menemani ku ke klinik pagi itu. Usai urusan diklinik, setelah menemani ku ke pasar pagi untuk membeli sedikit keperluan rumah, kami pulang ke rumahku dan bersarapan bersama, lantaran suamiku juga sudahpun habis kelas. Sambil makan kami berbual-bual kosong ...
Suamiku : “Min, nak tahu tak kelebihan seorang isteri”
Sahabatku : Apa dia??
Suamiku : Seorang isteri itu sangat bertuah sebenarnya, kerana setiap kali suaminya membuat amal kebajikan, misalnya suaminya solat berjemaah disurau dan si isteri redha suaminya meninggalkan dia solat sendirian dirumah, secara tak langsung Allah, s.w.t akan mengurniakan pahala berjemaah yang sama kepada si isteri, bahkan si isteri lebih satu daripada suaminya kerana suaminya mendapat pahala 27
Sahabatku: Waa, untunglah si isteri tu. sambil gelak ketawa.
Suamiku: tau tak pe, jadi min bila lagi nak kawen?? Jawab suamiku “straight to the point” soalan sebenar yang ingin diutarakan.
PENDAPATKU...
Perkongsian ilmu sebenarnya boleh berlaku secara tidak langsung ataupun secara langsung. Hal ini kerana segalanya berdasarkan dengan niat kita, kadangkala disampaikan secara bergurau, serius, formal mahupun tidak formal. Namun yang demikmian, tidak semua orang, yang boleh menerima nasihat, ataupun teguran dengan bahasa kiasan kerana tahap pemahaman setiap manusia itu berbeza mengikut individu masing-masing. Dalam gurauan, usikan pun boleh kita berkongsi ilmu ataupun saling nasihat menasihati, untuk ingatan bersama. Namun setiap individu hendaklah bersikap terbuka untuk saling menerima, saling belajar dan mengajar. kepentingan ilmu amat penting dalam kehidupan kita, tidak kitr untuk dunia semata, namun untuk akhirat juga, bak kata pepatah, ilmu tanpa amal itu sia-sia, namum amal tanpa ilmu itu sesat. waallahu'alam
Hadis riwayat tabrani : Dari abu umamah , meriwayatkan bahawa baginda rasulullah bersabda; barang siapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran haji yang sempurna.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^