Situasi 20
Sewaktu jalan-jalan di pasar Port Dickson, untuk mencari makan petang, aku terdengar perbualan orang yang berada di pasar, mengenai perlawanan akhir bola Kelantan lawan angkatan tentera udara Malaysia...
“hei, kau agak-agak malam ni siapa menang?”
lalu seorang pun berkata,
“mestilah Kelantan yang menang, kan diorang terer”
PENDAPATKU...
Dalam hal ini aku dapat melihat pengaruh sukan bola sepak yang sangat mendalam dalam kalangan muda mudi masa kini sehingga di pasar pun orang masih sibuk bercerita mengenainya. Hal ini menunjukan sukan bola ini diminati oleh semua peringkat umur. Daripada perspektif yang lain pula, kita dapat melihat penyokong bola ini terdiri daripada ahli negeri itu sendiri, misalnya penyokong kelantan, yang mungkin terdiri daripada orang Kelantan. Hal ini menunjukkan terdapat semangat kenegerian yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Malah, kita dapat lihat terdapat penyokong kelantan yang sanggup datang dari serata negeri ke Stadium Shah Alam semata-mata untuk memberi sokongan kepada kumpulan kegemaran. Namun yang demikian, dalam keghairahan penyokong ini menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut, timbul beberapa impak negatif, yang mana kita lihat berlaku pembaziran masa, wang dan tenaga semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara live. Alangkah baiknya seandainya, masa yang digunakan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ^______^