Thursday, 22 November 2012

Situasi 4


Situasi 4

Samekom ataupun Assalamualaikum..



Mutakhir ini, acapkali kita mendengar ucapan salam diucapkan dengan sebutan ataupun intonasi yang tidak betul. Malah, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hari ini 

Bicaraku..

Hari ini, apa yang kita lihat ucapan pemberian salam semakin berbeza-beza dan banyak bunyinya. Antara contohnya ialah Samekom.. hal ini dapat diperhatikan ketika pembentangan kerana kebanyakkan pelajar menyebut samekom bukan assalamualaikum. Dari perspektif islam tiada ucapan salam yang disebut dengan intonasi samekom, yang ada hanyalah assalamualaikum yang membawa makna selamat sejahtera ke atas kamu. Daripada kita mengucapkan sesuatu yang tak bermakna alangkah baiknya jika kita menyebut dengan sebutan yang betul, pahala pun dapat sebutan pun jelas dan tepat.

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya"




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^