Thursday, 22 November 2012

Situasi 8


Situasi 8

Kuliah maghrib

“Laa ni, bulan 9 ja banyak betui kes buang anak, ada yang siap campak lagi., mungkin antara asbabnya kes zina masa malam tahun baru”

Antara intipati kuliah Maghrib yang telah disampaikan..


BICARAKU...

Ustaz berceramah ni, mengunakan dialek dia pula, namun  apa yang disampaikan ada benarnya, seperti yang kita lihat, kes buang bayi semasa bulan septmber yang lalu lebih banyak daripada bulan sebelumnya.  Hal ini  disebabkan oleh beberapa faktor iaitu zina ketika menyambut malam tahun baru yang sudah menjadi trend masa kini dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Penyakit sosial seperti ini sepatutnya tidak berlaku dalam negara kita yang mengamalkan norma kehidupan ketimuran. Hal ini sememangnya, menjejaskan imej negara kita di mata dunia, apatah lagi negara kita dikenali sebagai negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Sebagai contoh, kes yang baru terjadi, iaitu seorang ibu mencampak bayinya dari tingkat tiga rumah flat. Hal ini menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan muda mudi negara kita kini kian menjadi barah dalam kalangan masyarakat. Lebih mengecewakan lagi apabila yang melakukan tindakan yang tidak berperikemanusian itu ada yang terdiri daripada remaja orang Islam. Fenomena ini sememangnya menjatuhkan martabat Islam seterusnya menjadi fitnah kepada agama islam. Seperti yang kita sedia maklum, Zina terdiri daripada dosa besar yang amat ditegah oleh agama Islam. Namun, apabila terdapat orang Islam yang melakukanya, menunjukkan bahawa, penghayatan orang islam terhadap agama islam masa kini kian menipis. ada yang sekadar Islam warisan keluarga, namun langsung tidak mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai orang Islam.






No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^