Thursday, 22 November 2012

situasi 3



Situasi 3

Komunikasi Bukan Lisan, Menjana Silaturrahim


Lazimnya  ketika memandu,  acapkali kita melihat pemandu akan mengangkat tangan kepada pemandu yang lain ataupun pengguna jalan raya yang lain.

Pendapatku..

Umumnya, komunikasi itu berlangsung secara lisan mahupun bukan lisan. Pada masa kini, komunikasi bukan lisan juga mampu menjana sillaturrahim, misalnya melalui senyuman, isyarat tangan, mata dan anggota tubuh yang lain. Mutakhir ini, kita dapat melihat komunikasi bukan lisan lebih mudah dilakukan berbanding komunikasi lisan. Lazimnya komunikasi bukan lisan berlaku secara tidak langsung, ataupun secara ad hoc iaitu secara tiba-tiba ataupun tak diduga. Sebagai contoh seperti situasi diatas iaitu ketika memandu, kita mengangkat tangan kepada orang yang kita kenali, sudah memadai untuk mengantikan  perbuatan menyapa ataupun menegur. Selain itu, ia juga sebagai tanda untuk kita meminta izin seandainya kita ingin mencelah ke hadapan kereta lain ataupun member izin kepada kereta lain untuk memotong kenderaan kita. Bukan itu sahaja kadangkala ia juga diertikan sebagai meminta maaf seandainya berlaku khilaf semasa berada di atas jalan raya. Amalan budi bahasa budaya kita juga dapat diterapkan melalui bahasa bukan lisan ini.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^