Thursday, 22 November 2012

situasi 2


Situasi 2


“Remaja terlalu bebas”




Kini, acapkali kita lihat diruang dada akhbar masalah gejala sosial kian berleluasa. Persoalan ini sememangnya menimbulkan pelbagai jawapan. Mungkin sesetengah orang berpendapat remaja kian rosak kerana norma kehidupan timur semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita hari ini., apatah lagi  kemasukan budaya luar  seperti rock , skin head, punk, dan sebagainya kian membarah dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Antara pendapat yang diberikan boleh beberapa orang remaja sendiri ialah

“Apabila ada orang yang mengatakan bahawa remaja hari ini telah rosak mahupun terlalu bebas mungkin bagi saya adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Sebenarnya tidak semua daripada mereka ini terlalu mengikut budaya luar yang tidak sihat kerana ramai juga yang masih melakukan aktiviti berfaedah. Biasalah kalau seorang yang buat salah semua akan terkena tetapi dalam situasi ini remaja itu sendiri perlu pandai memilih kumpulan mahupun kawan. Pendirian dan jati diri juga perlulah kuat untuk memastikan budaya yang kita amalkan sejak kecil tidak rosak dihambat oleh pelbagai masalah social hari ini.mungkin kita tidak sama dengan mereka namun kita masih boleh memilih yang mana baik dan buruk”. ` pelajar  17 tahun

“Akhlak remaja sekarang memang sudah semakin pudar jika diukur mengikut warna adat ketimuran itu. Remaja sekarang semakin terikut-ikut dengan budaya barat baik dari segi pekaian mahupun dari segi pergaulan mereka. Memang perkara ini patut dikawal kerana ia bukan sahaja boleh menengelamkan budaya warisan bangsa, malah menambah kepada gejala social yang teruk. Saya sendiri pernah melihat pasangan lelaki perempuan yang berpelukan di tempat awam malah ada juga yang melakukan perkara yang tidak senonoh. Mereka ibarat sudah hilang segan dan ini harus dibendung sebelum ia merebak menjadi sesuatu yang sukar dikawal.”.

Utusan Malaysia;khamis 20.09.12

BICARAKU

Setiap insan ataupun individu mempunyai alasan, mahupun pendapat masing-masing.  Namun apa yang kita lihat, realiti dalam kehidupan remaja mutakhir ini.  Norma ketimuran kian terhakis, perasaan malu semakin menipis malah remaja sekarang tanpa segan silu melakukan tingkahlaku yang tidak bermoral. Budaya “couple” kian menjadi trend masa kini, yang mana menyumbang kepada banyak masalah sosial misalnya, membawa kepada seks bebas, zina, seterusnya membawa kepada masalah membuang bayi. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk membendung masalah remaja masa kini, misalnya ibu bapa, guru dan masyarakat hendaklah menjalankan peranan yang mereka sebaiknya.  Selain itu, remaja masa kini juga harus membentuk jati diri unggul untuk manfaat kepada diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kita akan menjadi seperti apa yang kia ingin jadi, terpulanglah kepada kita untuk memilih menjadi yang baik ataupun yang sebaliknya.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih ^______^