Friday, 23 November 2012

Situasi 25


SITUASI 25

 Negara perak ke negeri perak??
Universiti Perguruan Sultan Idris atau Universiti Pendidikan sultan Idris???
yang mana betul???

Kesalahan sebutan ini ku dengari sewaktu majlis pagi tadi yang telah diucapkan oleh pengacara yang agak berpengalaman....

BICARAKU...

Dalam hal ini, aku melihat, bahawa mereka yang agak profesional dalam bidang pengacaraan ini turut tersilap ketika mengacarakan sesebuah majlis, inikan pula orang lain yang baru bertatih untuk menceburinya. Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada insan yang sempurna yang tidak akan lari daripada kesilapan. Kita seringkali mendengar orang lama mengatakan " aku lebih dulu makan garam", yang bermaksud mereka sudah mahir ataupun sudah tahu akan sesuatu situasi. Namun pada pandangan saya bukan bererti orang yang mahir dalam bidang itu tidak akan melakukan kesalahan, kerana mereka juga akan terdedah dengan kesalahan-kesalahan yang tidak disedari..

Situasi 24


SITUASI 24

orang pregnant tak boleh pergi sungai lah...
kata sahabatku, mengingatkan aku tentang pesan orang tua...

BICARAKU....
Pada pendapat saya, larangan ataupun tegahan orang tua ataupun orang lama kenapa orang yang mengandung tidak diizinkan pergi ke sungai, kerana kepercayaan akan tempat-tempat sebegitu yang berdekatan dengan hutan dan dekat dengan makhluk halus yang suka menganggu ibu mengandung. Namun pada pandangan saya, alasan sebegini ada benarnya, namun bukan alasan yang utama  mengapa mereka melarang, tetapi lebih kepada faktor keselamatan diri ibu mengandung kerana persekitaran yang agak licin, dan membahawakan ibu mengaterndung seandainya terjatuh ataupun tergelincir. bukan itu sahaja, ia juga untuk mengelakkan hal yang tidak diingini daripada berlaku.





Situasi 23


Situasi 23
ketika sarapan pagi bersama suami tersayang, menikmati roti bakar air tangan suami..tiba-tiba dia bercerita...

umat sekarang umat suasana...
iaitu, manusia sekarang seringkali terkesan dengan suasana sekelilingnya, jika dia duduk dalam kalangan korporat, dia akan bersemangat dan berjiwa korporat, jika dia duduk dalam suasana agama, dia akan menjadi lebih dekat dengan agama..sebab itulah pentingnya kita dekat dengan suasana agama, supaya jiwa kita dekat dengan agama.

PENDAPATKU...

Pada pandanganku, sememangnya kita mudah terkesan dengan suasana. Bak kata pepatah, "jika hendak melihat diri kita, lihatlah siapa kawan kita", pepatah 
ini menunjukkan betapa kita mudah terkesan ataupun terpengaruh dengan suasana. Kawan yang baik, membawa manfaat, kawan yang jahat 
membawa mudarat. Sebab itulah, kita seringkali mengaitkan gejala sosial dalam kalangan remaja turut dipengaruhi oleh rakan sebaya.hal ini jelas membuktikan betapa kita mudah terpengaruh dengan suasana. Namun yang demikian, tidak semua insan ataupun individu itu mudah terpengaruh ataupun terkesan dengan suasana. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang itu berpegang teguh dengan prinsip hidupnya, dia tidak akan mudah terkesan dengan apa jua suasana. oleh itu pentingnya kita mempunyai ilmu dan pegangan hidup untuk kepentingan diri kita saat melangkah ataupun menghadapi suasana yang berbeza dengan gaya hidup kita.


Situasi 22


Situasi 22

Banyak klinik menggugurkan janin-janin hasil perzinaan secara haram di luar sana. Ini tidak menyelesaikan masalah sosial dan moral masyakarakat kita kerana pokoknya, perzinaan masih berleluasa. Moga Allah memberi kekuatan pada ummah ini untuk merubah penyakit masyarakat yang semakin hari semakin kronik. - Laporan akhbar Metro Ahad (4 November 2012)

BICARAKU...

Dalam hal ini, pada pendapat saya kenyataan kebanyakkan klinik yang menawarkan perkhidmatan mengugurkan janin-janin hasil daripada perzinaan secara haram, yang tidak menyelesaikan masalah sosial dan moral masyarakat adalah satu kenyataan yang tepat. Hal ini kerana, perkhidamatan itu, akan menyebabkan penyakit masyarakat ini semakin berleluasa, kerana mereka tahu jalaama sun penyelesaiannya sekiranya mereka terlanjur hamil anak luar nikah iaitu dengan mengugurkan janin. Apatah lagi, harga yang ditawarkan untuk perkhidmatan tersebut sekadar RM1200 sehingga RM2500, yang mana kadar perkhidmatan tersebut masih dalam kadar yang rendah. Disamping itu, dengan mengugurkan janin luar nikah adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan berperikemanusian. hal ini tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap insan hendaklah bertanggungjawab atas setiap tindakan yang telah mereka lakukan. Sepatutnya, remaja yang terlibat dengan gejala ini, hendaklah diberikan rawatan dari segi kerohanian agar pisang tidak akan berbuah dua kali. 


Situasi 21


Situasi 21

Sewaktu kelas penaksiran, pensyarah menceritakan mengenai pengalaman beliau ketika berkhidmat di Sabah suatu ketika dahulu. Kata beliau, perkataan TAMU di Sabah berbeza makna dalam bahasa Melayu,

BICARAKU..

Makna perkataan Tamu dalam bahasa Melayu ialah orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan )ataupun pengunjung namun, berbeza dengan makna  kalau di sabah dan Sarawak, tamu merujuk kepada pasar untuk membeli belah, ataupun lebih dikenali sebagai pasar tani ataupun pasar pagi bagi masyarakat di semenanjung Malaysia. lang Hal ini kerana, dalam bahasa Melayu sememangnya mempunyai perkataan yang sama, namun berbeza makna. Sebagai contoh perkataan pulang dalam bahasa Melayu membawa makna balik, namun bagi masyarakat etnik kedayan di Sarawak pulang membawa maksud pula. Oleh yang demikian, perbezaan makna dalam kalangan masyarakat sesebuah tempat dengan bahasa baku sangat banyak, dan sukar untuk dikuasai semuanya.




Situasi 20





Situasi 20 




Sewaktu jalan-jalan di pasar Port Dickson, untuk mencari makan petang, aku terdengar perbualan orang yang berada di pasar, mengenai perlawanan akhir bola Kelantan lawan angkatan tentera udara Malaysia...

 “hei, kau agak-agak malam ni siapa menang?”

lalu seorang pun berkata,

 “mestilah Kelantan yang menang, kan diorang terer”

PENDAPATKU...

Dalam hal ini aku dapat melihat pengaruh sukan bola sepak yang sangat mendalam dalam kalangan muda mudi masa kini sehingga di pasar pun orang masih sibuk bercerita mengenainya. Hal ini menunjukan sukan bola ini diminati oleh semua peringkat umur.  Daripada perspektif yang lain pula, kita dapat melihat penyokong bola ini terdiri daripada ahli negeri itu sendiri, misalnya penyokong kelantan, yang mungkin terdiri daripada orang Kelantan. Hal ini menunjukkan terdapat semangat kenegerian yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Malah, kita dapat lihat terdapat penyokong kelantan yang sanggup datang dari serata negeri ke Stadium Shah Alam semata-mata untuk memberi sokongan kepada kumpulan kegemaran. Namun yang demikian, dalam keghairahan penyokong ini menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut, timbul beberapa impak negatif, yang mana kita lihat berlaku pembaziran masa, wang dan tenaga semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara live.  Alangkah baiknya seandainya, masa yang digunakan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat.

Situasi 19



Situasi 19


Sewaktu pergi bercuti bersama keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson, tiba-tiba ibu mentua ku berkongsi cerita tentang inti pati kuliah maghrib malam semalam.

“Suami dan isteri, hendaklah melayan pasangan seperti budak-budak, insya-Allah akan harmoni rumah tangga”

BICARAKU...

Pada pandangan ku, maksud suami isteri hendaklah melayan pasangannya seperti budak-budak, ialah pasangan suami isteri itu hendaklah saling sayang menyayangi, tidak suka memarahi, kerana sifat budak yang sentiasa ingin disayangi, tidak suka di marah, namun boleh menerima teguran bila kena dengan caranya. Malah untuk mendekati budak juga perlu menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu, begitu juga dengan pasangan kita perlu mendekati, memahaminya dengan cara tertentu kerana seperti yang kita tahu, fitrah wanita dan lelaki itu sememangnya berbeza. selain itu, seperti yang kita tahu, budak-budak juga gemar akan gurauan, suasana yang ceria, malah amat suka apabila dimanja, begitu juga dengan pasangan kita, yang sentiasa inginkan perhatian pasangannya. Dengan mewujudkan unsur humor dalam kehidupan seharian menjadikan kehidupan seharian terisi dengan riang dan ceria, Insya-Allah.







Situasi 18


SITUASI 18



Ketika dalam perjalanan balik daripada Baling kedah, kami mendengar radio Ikim f.m.
Isu yang diketengahkan ketika itu mengenai

Sindrom “tak kuasa” dalam kalangan suami..

PENDAPATKU...

Seperti yang kita lihat kini, kita dapat melihat sindrom tak kuasa dalam kalangan suami masa kini kian menjadi. Sindrom ini merujuk kepada “tak kuasa” untuk melayan, tak kuasa untuk melarang isteri, tak kuasa untuk memimpin isteri dan sebagainya. Pada pandangan saya, kebanyakannya kes bercerai masa kini berpunca daripada sindrom tak kuasa. Hal ini kerana, suami tidak peduli akan tingkah laku isteri, sehingga mewujudkan salah faham antara satu sama lain, malah secara tidak langsung mewujudkan jurang perhubungan dalam diam. Hal ini kerana komunikasi itu sangat penting dalam perhubungan. Sindrom tak kuasa ini menunjukkan kita tidak menghargai dan mempedulikan pasangan walau apa pun yang dilakukan. Selain itu, sindrom tak kuasa ini juga natijah daripada sikap yang berdiam diri yang melampau ataupun memendam perasaan sehingga tidak mahu mempedulikan pasangan langsung. Impaknya, apabila perasaan yang telah lama tersimpan apabila terlalu banyak dan memakan diri apabila semakin dipendam di dalam hati.







Situasi 17


SITUASI 17




Sewaktu menemu bual seorang penyelia di sebuah pusat kebajikan anak-anak yatim di baling kedah, beliau telah mengucapkan..

MEMANG, PERLU, KENA…

PENDAPATKU…
Pada pendapat saya, memang perlu kena itu, merupakan sebuah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan maksud sesuatu yang perlu bersungguh-sungguh. Dalam hal ini kita dapat melihat unsur penegasan dalam penyampaian sesuatu hujah, ataupun pendapat yang ingin diutarakan. Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, maksud memang merujuk kepada sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu, manakala perlu pula merujuk kepada keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian, kena pula merujuk kepada berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dan lain-lain), cocok atau sesuai (dengan yang dikehendaki, yang sepatutnya), sesuai atau tepat sekali(dengan sesuatu, seseorang).. oleh yang demikian jelas sekali, penyelia di pusat itu ingin menegaskan sesuatu, sehingga menggunakan tiga perkataan yang sinonim untuk menegaskan ayat yang telah diucapkan. selain itu, apa yang diperolehi sepanjang menjalani kajian lapangan disana, saya dapat melihat keikhlasan hati seorang penyelia yang merupakan sukarelawan, untuk membantu anak-anak yatim disana. jika kita lihat hari ini, semua individu lazimnya bekerja untuk mendapat imbuhan ataupun balasan yang setimpal dengan apa yang di usahakan. gaji yang lumayan, harta, insentif dan pelbagai kemudahan yang lain. 







Situasi 16



SITUASI 16





Ketika membaca buku Ratap Rabitah karya  Aminah Mokhtar aku terkesan dengan ayat yang telah ditulis oleh beliau dalam ceritanya itu.  

MENGAPA ULAR MAKAN ULAR KEMUDIAN MEMBUNUH ULAR DAN MENELANNYA DENGAN RAKUS DAN PUAS....

BICARAKU…

Ketika membaca kalimah ini, aku terkenang akan situasi masyarakat masa kini, bukan ular sahaja yang makan ular, dan makan dengan rakus dan puas, namun kini manusia turut makan manusia dalam erti kata lain, manusia sendiri yang berlumba-lumba untuk menjatuhkan manusia lain. Seperti yang kita lihat, senario masa kini kita dapat melihat  masyarakat kini saling bertelagah, bermusuhan antara satu sama lain, saling berbunuhan untuk meraih kepuasan, melunaskan dendam dan mencari kemegahan untuk sebuah kekuasaan.Dalam erti kata yang lain, manusia sanggup menghalalkan cara untuk mengejar harta, pangkat dan kuasa.
hal ini sama seperti seperti peribahasa "kawam makan kawan", ataupun "harapkan pagar,ap, semu pagar makan padi" iaitu sesuatu yang tidak boleh di harap kerana langsung tdiak membantu, malah sekadar menyusahkan dan memakan diri sendiri sahaja.




Situasi 15



Situasi 15 

Terjumpa satu hasil tulisan yang dikongsikan oleh rakan dalam laman sesawang muka buku...



BICARAKU ...

Hasil tulisan ini menunjukkan penggunaan kosa kata yang sangat lemah. malah, pembentukkan ayatnya juga tunggang terbalik, menyalahi hukum D-M iaitu hukum di terang dan menerangkan. Malah, gaya penulisan ini agak lewah kerana menyebut isi yang lebih kurang sama. Tapi apa pun tulisan ini, mampu membuat orang tersenyum ketika membacanya. Namun, daripada sudut pandangan yang lain, hal ini menunjukkan satu penyakit masyarakat yang kian menular dalam kalangan remaja masa kini iaitu penyakit "Bangau oh bangau". Kenapa di katakan penyakit "bangau oh bangau" ialah, kerana sikap yang suka menyalahkan orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, lagu rakyat masyarakat melayu ini sememangnya terkenal dan lazimnya di ajar kepada kanak-kanak. Senario, ini sememangnya membawa impak yang tidak baik kepada remaja, kerana sikap menyalahkan orang lain itu adalah sikap yang tidak baik. Natijahnya, setiap kesalahan diri, ditunding jari kepada orang yang tidak berkenaan seterusnya langsung tidak berfikir untuk memperbaiki diri masing-masing kerana tidak tahu akan kelemahan diri apabila kesalahan  hanya ditunjukkan kepada orang lain. Implikasinya kepada negara kelak, remaja yang dilahirkan, tidak berketerampilan, malas berusaha dan tidak berbudi pekerti yang mulia.

Situasi 14


Situasi 14

Sewaktu kelas modal insan, pensyarah menceritakan satu situasi bahawa
ibu bapa sekarang, semakin anak berpendidikan semakin mereka takut dengan anak mereka.

 Pendapatku...

Fenomena ibu bapa kini, yang takut akan anak pabila si anak semakin berpendidikan bukan perkara baru. Hal ini kerana, kita dapat melihat sikap segelintir anak kepada ibu bapa kini yang melampaui batas, yang mana anak-anak ini, angkuh dengan ilmu yang dimilikinya, kelulusan yang diperolehinya sehingga lupa akan jasa kedua ibu bapa yang penat lelah membanting tulang empat kerat untuk menyara kehidupan si anak suatu masa dahulu. h al ini dapat dilihat apabila, terdapat segelintir anak yang berpendidikan tinggi, tidak mahu memandang langsung pendapat ibu bapa. pelbagai alasan yang diberikan, pelbagai jawapan yang dinyatakan. Namun yang demikian, ibu bapa juga perlulah memainkan peranan, kerana semakin tinggi pendidikan seseorang anak semakin berbeza pendekatan yang patut di ambil ketika bersama dengan anak. Namun, malangnya terdapat segelintir ibu bapa yang masih berfikiran primitif, masih mengunakan cara yang sama iaitu ketika anak-anak masih kecil. Hal ini menjadikan mereka kelihatan seperti tidak tahu ataupun tidak faham akan diri anak yang kian meningkat dewasa. Persoalannya, kenapa ibu bapa sekarang kebanyakkanya semakin takut akan si anak apabila si anak semakin berpendidikan. Hal ini mungkin kerana, ibu bapa tersebut merasa diri tidak sehebat si anak yang berpendidikan tinggi, berbanding dirinya yang ada segelintirnya buta huruf dan sebagainya. Hal itu, secara tidak langsung menyebabkan ibu bapa tersebut merasa rendah diri untuk memberikan pendapat kepada si anak kerana memikirkan anak yang berpendidikan tinggi itu tadi sudah tahu akan segalanya-galanya. Namun, pada pendapat saya belajar daripada pengalaman hidup seseorang itu juga sebuah iput yang amat berguna kerana, seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa sememangnya orang yang berpengalaman luas tentang kehidupan. Oleh itu, ibu bapa juga sepatutnya tetap menjadi guru sepanjang hayat buat kita, kerana kita masih boleh belajar pelbagai benda dan perkara daripada mereka meskipun bukan terdiri daripada akademik, namun memadai tentang sebuah kehidupan. kini, di rumah kebajikan kita dapat melihat, terdapat ibu bapa yang rela hati untuk tinggal di rumah kebajikan, berbanding tinggal dengan si anak, kerana tidak ingin menyusahkan si anak bahkan, takut untuk meminta-meminta pada si anak yang akan penat menjaga mereka. senario ini, menunjukkan, nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat kita kian luntur. 

dunia semakin tua, Qiamat semakin tiba..in shaa Allah
 
# kisah seorang pemuda yang bertanya tentang hari Qiamat

 Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. 
Baginda bersabda: (Antara tanda- tandanya ialah) 
apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan 
(iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim